PENGENALAN RANGKAIAN Komputer, Ethernet

     RANGKAIAN komputer yang paling mudah melibatkan dua buah komputer yang
dihubungkan dengan media, sama ada talian terus atau melalui talian
telefon manakala rangkaian yang kompleks terletak pada imaginasi masing-
masing.

 
Secara khusus, rangkaian komputer bermaksud semua nod (nodes) seperti
pelayan (server), stesen kerja (workstations), pencetak (printers) dan
sebagainya, dihubungkan di antara satu dengan yang lain dengan tujuan
untuk berkongsi maklumat dan bahan. Dalam erti kata lain, maklumat yang
ada pada Pengguna A dapat disebarkan kepada Pengguna lain dan begitu juga sebaliknya.

 
Cara berhubung di antara satu nod dengan nod lain memerlukan
perantaraan seperti kabel, hub, perisian dan sebagainya.
Oleh kerana banyak jenis kabel, hub dan perisian yang dikeluarkan oleh
syarikat pengeluar, setiap barangan akan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan
mungkin tidak serasi dengan produk keluaran syarikat lain.

  Bagaimanapun satu standard komunikasi telah diwujudkan untuk sistem
rangkaian, iaitu Sistem antara sambungan Terbuka (Open System
Interconnection atau OSI) oleh International Standard Organization (ISO)
pada 1974 untuk sistem rangkaian. Dengan adanya OSI, setiap pengeluar perlu
memenuhi standard tersebut untuk memudahkan peralatan yang mereka cipta
berkomunikasi dengan peralatan pengeluar lain.
 
 Di dalam model OSI, terdapat tujuh lapisan (layer) yang mana setiap
lapisan adalah bebas daripada lapisan yang lain. Bagaimanapun setiap
lapisan ini, dipanggil lapisan protokol (protocol),
mempunyai hubungkait yang kuat dengan lapisan lain.

Lapisan aplikasi
(Application Layer)
  Lapisan ini memberikan perkhidmatan kepada pengguna dalam persekitaran
OSI dan lazimnya digunakan oleh Sistem Operasi Rangkaian (Network
Operating System). Di antara perisian popular yang menggunakan lapisan ini
ialah:
  1. Telnet
  2. Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol, FTP)
  3. Sistem Fail Rangkaian, Sun (Network Filing System, NFS)
  4. AppleShare, Apple
  5. Netx, Novell
  6. DOOM (iD Software).
  Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini ialah:
  1. DNS
  2. Protokol Pindahan Fail Mudah (Trivial File Transfer Protocol, TFTP)
  3. Protokol Pengurusan Rangkaian Mudah (Simple Network Management
Protocol, SNMP)
  4. Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP)
  5. BOOTP (Bootstrap Protocol)
  6. RLOGIN
  7. MIME
  8. NFS
  9. FINGER

Lapisan Persembahan
(Presentation Layer)
  Lapisan ini menukar data kepada format paparan bagi membolehkan pengguna
berhubung dengan mana-mana klien. Dengan erti kata lain, lapisan ini
menukarkan Rujukan Rangkaian Standard (Standard Network References) kepada
standard komputer yang digunakan.
  Pada lapisan ini juga kefahaman atau kesamaan (establishes
understanding) dicapai bagaimana setiap mesin atau komputer perlu
mengemuka dan menerima data dengan komputer lain.
  Contoh protocol yang digunakan di lapisan ini ialah:
  1. HTTP
  2. Telnet
  3. AppleTalk Filing Protocol (AFP)

Lapisan Sesi (Session Layer)
  Fungsi utama lapisan ini ialah untuk membolehkan dua stesen berhubung
dan memberitahu stesen yang berkenaan sekiranya ada kerosakan pada
sambungan kedua-duanya serta memutuskan talian sambungan jika diarah.
  Lapisan ini juga mengawal struktur di antara komunikasi dengan perisian
serta menjaga log masuk (login) dan kata laluan (password), sambungan yang
diwujudkan ke komputer lain dan memastikan penggunaan rangkaian yang sah.
  Contoh protocol yang digunakan di lapisan ini ialah:
  1. Protokol Kawalan Transmisi (Transmission Control Protocol, TCP)
  2. Sambungan tertentu (Named Pipes)
  3. NetBIOS
  4. Protokol Apple: ASP, ZIP, ADSP, PAP

Lapisan Pengangkutan
(Transport Layer)
  Bahagian ini berkhidmat sebagai penjamin keutuhan (integrity) rangkaian.
Protokol ini akan memastikan semua informasi atau paket sampai ke
destinasinya dan akan memberitahu stesen penghantar mengulangi
penghantaran paket jika ada yang tidak diterima atau diterima tetapi tidak
lengkap.
  Lapisan ini juga bertanggung jawab untuk memisah dan mengumpul pesanan
yang panjang, keutuhan data dan alamat (addressing).
  Contoh Protocol yang digunakan di lapisan ini.
  1. Protokol Kawalan Transmisi (Transmission Control Protocol, TCP)
  2. Protokol Datagram Pengguna (User Datagram Protocol, UDP)
  3. NetBIOS/NetBEUI
4. Pertukaran Paket Terjujuk (Sequenced Packet Exchange, SPX untuk
Novell)
  5. Protokol Komunikasi Antara Proses VINES (VINES Interprocess
Communication Protocol, VIPC)

Lapisan Rangkaian
(Network Layer)
  Paket yang diterima diproses di lapisan ini yang memberikan alamat
logikal antara klien tanpa menghiraukan bagaimana klien mencapai
rangkaian. Lapisan ini juga bertanggung jawab untuk memastikan kekukuhan
komunikasi, menjaga dan memutuskan sambungan (terminating connections)
serta mengarah semua paket atau informasi ke destinasi akhirnya.
  Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini:
  1. Protokol Internet (Internet Protocol, IP)
  2. IPX (Protokol Novell)
  3. Protokol Pengiriman Datagram (DDP, Apple)
  4. Protokol Kawalan Pesanan Internet (Internet Control Message Protocol,
ICMP)
  5. Protokol Maklumat Laluan (Routing Information Protocol, RIP)
  6. ARP
  7. RARP
  8. OSPF
  9. BGP
  10.IGMP

Lapisan Sambungan Data
(Data Link Layer)
  Lapisan ini boleh dibahagi kepada dua, iaitu Lapisan Capaian Media
(Media Access Layer, MAC) dan Kawalan Sambungan Logikal (Logical Link
Control, LLC).
  Lapisan MAC menguruskan capaian kepada rangkaian seperti Token Passing
untuk topologi Token Ring manakala LCC menerima dan menghantar paket atau
pesanan dari lapisan atas, iaitu Lapisan Rangkaian.
  Contoh Protocol yang digunakan di lapisan ini ialah:
  1. SLIP
  2. CSLIP
  3. PPP (Point to point protocol)
  4. MTU
  5. IEEE 802.2 (LLC)
  6. IEEE 802.3
  7. IEEE 802.5 (token ring)
  8. PPP LCP (point to point protocol untuk talian bersiri)

Lapisan Fizikal (Physical Layer)
  Semua ciri-ciri fizikal dan isyarat elektrik diproses di sini.
Antaramuka seperti RS232 dan V.35 terletak di lapisan fizikal ini. Begitu
juga kabel seperti Unshielded Twisted Pair (UTP), Koaxial dan gentian
optik boleh digolongkan di lapisan fizikal manakala peralatan seperti
modem dan multiplex turut berfungsi di lapisan fizikal. Dalam erti kata
lain, ia adalah lapisan pertama perkakasan.
  Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini ialah:
  1. ISO 2110
  2. IEEE 802
  3. IEEE 802.2
  Contoh lapisan fizikal digunakan ialah:
  1. Ethernet (10Base2, 10BaseT, 100BaseT)
  2. Token Ring
  3. Arcnet
  4. FDDI
  5. Wireless (contoh FM)

  Setelah kita imbas semua fungsi lapisan OSI, kita teliti pula setiap
lapisan dan kaitkannya dengan dunia nyata.

  Komputer merupakan peralatan utama di Lapisan Fizikal dan kabel
diperlukan untuk menghubungkan dua atau lebih komputer. Terdapat banyak
jenis kabel yang digunakan dan penggunaannya bergantung kepada jenis
topologi yang kita pilih. Sebagai contoh, untuk Ethernet, kabel RG58,
RG8/9 atau UTP digunakan manakala bagi Token Ring, kabel utp dan stp
diperlukan.

  Spesifikasi kabel yang ada untuk digunakan bagi rangkaian Ehternet
ialah:
  1. 10 Base5 (coaxial tebal, RG-8). Kemampuannya ialah kelajuan 10 MB/s,
pengisyaratan jalur asas (baseband) dan panjang maksimum yang disyorkan
tanpa kehilangan isyarat ialah 500 meter, panjang minimum di antara MAU
ialah 2.5 meter manakala MAU maksimum ialah 100. Penyambung yang digunakan
untuk kabel ini jenis 10Base5, iaitu jenis coaxial tap atau lebih dikenali
dengan panggilan Vampire kerana kita perlu menebuk lubang pada kabel
tersebut. Jenis ini selalu digunakan di dalam rangkaian bus dan rangkaian
STAR sekiranya menggunakan pengulang berbilang aras (multiport repeaters).

  2. 10Base2 (coaxial nipis RG58 A/U atau RG58 C/U). Kemampuannya ialah
kelajuan 10 MB/s, pengisyaratan jalur asas (baseband) dan panjang maksimum
yang disyorkan tanpa kehilangan isyarat ialah 200 meter, panjang minimum
di antara MAU ialah 0.5 meter manakala MAU maksimum ialah 30. Kabel ini
yang memerlukan penamat (terminator) jenis 50 ohm dan disambung
menggunakan penyambung BNC T. Selalu digunakan di dalam rangkaian bus dan
rangkaian STAR  jika menggunakan pengulang berbilang aras.

  3. 10 BaseT (Twisted pair). Kemampuannya ialah kelajuan 10 MB/s,
pengisyaratan jalur asas (baseband) dan panjang maksimum yang disyorkan
tanpa kehilangan isyarat ialah 10 meter saja tetapi tiada jarak minimum di
antara stesen manakala stesen maksimum ialah 1,204 dan tanpa menggunakan
Bridge pada lapisan sambungan data. Kabel ini terbahagi kepada tiga jenis
iaitu kategori 3 (CAT 3), kategori 4 (CAT4) dan kategori 5 (CAT 5).

Seni bina sistem rangkaian disusun mengikut topologi tertentu.

0 comments:

Post a Comment